Penduduk kondominium Loyang Valley di Changi akan membuat percubaan yang ketiga bagi penjualan kolektif, dengan harga simpanan (reserve price) atau harga paling rendah yang ingin dijual diturunkan kepada $880 juta.
Harga simpanan yang $100 juta lebih rendah daripada tender terakhirnya pada 2022 itu “mencerminkan angka yang realistik dan boleh dicapai berdasarkan keadaan pasaran semasa”, kata Encik Terence Lian, ketua jualan...





