Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan kerja pembaikan segera dijalankan di Jalan Negeri J165, Gunung Pulai, Kulai, susulan insiden kemalangan yang mengorbankan seorang penunggang basikal warga Singapura pada 14 Jun.
Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kejadian itu sebagai amat memilukan, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku...





