KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan lonjakan 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Ranking (Penarafan) Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) 2025.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dalam satu kenyataan, berkata kedudukan terbaru itu adalah pencapaian terbaik Malaysia sejak 2020, mencerminkan momentum pengukuhan ekonomi Malaysia dan usaha pembaharuan yang berterusan.





