Tiga peruncit tempatan bakal menikmati sewa percuma sehingga setahun di ruang beli-belah utama serta sokongan kewangan bagi melancarkan konsep kedai inovatif, menerusi satu pertandingan yang bertujuan menyegarkan semula landskap runcit Singapura.
Edisi pertama peraduan, Retail Maverick Challenge, yang dilancarkan pada 18 Jun oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan pengurus aset, CapitaLand Investment (CLI), menyasarkan jenama tempatan yang mampu memperkenalkan konsep runcit...





