Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peraduan dibuka bagi suntik kesegaran landskap runcit S’pura

‘Retail Maverick Challenge’ sasar jenama tempatan pacu inovasi dalam sektor runcit
Jun 18, 2025 | 5:13 PM
Peraduan runcit, sewa percuma, segarkan pusat beli-belah
Pertandingan ‘Retail Maverick Challenge’ muncul di tengah-tengah suasana perniagaan yang sukar bagi peruncit di Singapura. - Foto fail

Tiga peruncit tempatan bakal menikmati sewa percuma sehingga setahun di ruang beli-belah utama serta sokongan kewangan bagi melancarkan konsep kedai inovatif, menerusi satu pertandingan yang bertujuan menyegarkan semula landskap runcit Singapura.

Edisi pertama peraduan, Retail Maverick Challenge, yang dilancarkan pada 18 Jun oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan pengurus aset, CapitaLand Investment (CLI), menyasarkan jenama tempatan yang mampu memperkenalkan konsep runcit paling inovatif.

Dalam kenyataan bersama, EnterpriseSG dan CLI berkata penyertaan akan dinilai berdasarkan sejauh mana idea yang dikemukakan dapat memenuhi permintaan pengguna, menggalakkan interaksi pelanggan dan menawarkan pengalaman beli-belah yang berbeza serta imersif.

Konsep kedai juga mesti menggunakan teknologi bagi meningkatkan kecekapan ruang dan tenaga kerja, sekali gus mengurangkan kos operasi.

Pemenang peraduan itu akan menerima ruang runcit seluas sehingga 371 meter persegi di salah satu pusat beli-belah CapitaLand, termasuk lokasi utama seperti Plaza Singapura, Funan dan CQ @ Clarke Quay untuk menjalankan dan mempamerkan konsep mereka.

Mereka juga akan menerima sokongan kewangan sehingga 50 peratus daripada EnterpriseSG, tertakluk kepada had $300,000, yang meliputi kos peralatan, perisian, pemasangan dalaman yang tertumpu pada inovasi dan pengalaman pelanggan, serta perhubungan awam dan pemasaran.

CLI juga akan menyokong promosi pemenang melalui saluran pemasarannya, selain membuka peluang kerjasama dengan rakan industri dan pakar daripada kedua-dua CLI dan EnterpriseSG.

Pertandingan itu diperkenalkan di tengah-tengah cabaran yang dihadapi peruncit tempatan, termasuk kos operasi yang meningkat serta perubahan corak pembelian pengguna.

“Memandangkan trend sejagat menunjukkan perubahan dalam cita rasa pengguna serta persaingan daripada kedai dalam talian, sektor runcit Singapura turut mengalami pertumbuhan yang tidak seimbang sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata penganjur.

Timbalan Ketua Program Pemasaran di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Dr Yao Jingxian, berkata insentif yang menarik dalam pertandingan itu mampu mendorong peserta agar tampil lebih kreatif dan unik.

Penolong Pengarah Urusan EnterpriseSG bagi Perkhidmatan dan Perusahaan Berkembang, Cik Jeannie Lim, menambah bahawa pertandingan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap landskap runcit yang pesat berubah.

Ini kerana pengguna kini kian mencari pengalaman baru dan hubungan lebih mendalam dengan sesuatu jenama.

Pendaftaran bagi menyertai, Retail Maverick Challenge, dibuka dari 18 Jun hingga 4 Ogos di laman web, https://bh.sg/runcit

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg