PETALING JAYA: Sabah bukan sahaja terkenal kerana destinasi pelancongannya yang cukup unik sehingga mampu menarik pelancong asing di peringkat sejagat tetapi juga tersimpan rahsia keunikannya dengan tawaran menu masakan yang menyelerakan.
Melalui menu lazat itu juga, dapat memberi peluang kepada pelancong menyelami budaya ke sesebuah pelosok daerah kerana terselit sejarah, cerita dan cara pembuatannya secara tradisional yang sangat mengagumkan.





