Mahkamah Rayuan pada 25 Jun membebaskan Ahli Parlimen (AP) Muar (Johor), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada – sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.





