AP Muar Syed Saddiq dibebas berkaitan kes pecah amanah jenayah, salah guna harta dan ubah wang haram
AP Muar Syed Saddiq dibebas berkaitan kes pecah amanah jenayah, salah guna harta dan ubah wang haram
Jun 25, 2025 | 11:19 AM
Mahkamah Rayuan pada 25 Jun membebaskan Ahli Parlimen (AP) Muar (Johor), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada – sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.
Syed Saddiq sebelum ini dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ($3.02 juta) yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.
Laporan berkaitan
Pendakwa: ‘Syed Saddiq arah lupuskan wang RM1j, bimbang disita SPRM’Apr 17, 2025 | 4:26 PM
Bella Astillah mohon maaf jika ada meluat tengok video bersama Syed SaddiqJun 13, 2025 | 11:39 AM

