Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bakal menjadi tumpuan utama bagi pelaksanaan inisiatif pertanian moden negeri Johor, termasuk penerapan teknologi baru seperti Internet Benda (Internet of Things atau IoT), automasi ladang dan sistem pertanian pintar.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, berkata pendekatan itu bertujuan meningkatkan produktiviti serta mutu pengeluaran makanan di kawasan...





