Gambar fail bertarikh 1 November 2017 ini menunjukkan suspek Takahiro Shiraishi (tengah) menutup wajahnya dengan tangan ketika dibawa ke pejabat pendakwa raya dari balai polis di Tokyo. Jepun telah melaksanakan hukuman mati ke atas Shiraishi, lapor media tempatan pada 27 Jun 2025 — pelaksanaan hukuman mati pertama di negara itu sejak 2022. Shiraishi dijatuhi hukuman mati pada 2020 kerana membunuh dan memotong anggota sembilan individu, lapan daripadanya wanita, yang dikenalinya melalui platform media sosial.
DuniaJun 27, 2025 | 3:52 PM

Jepun laksana hukuman gantung ‘pembunuh Twitter’ bunuh dan kerat 9 mangsa

TOKYO: Jepun pada 27 Jun melaksanakan hukuman mati pertama sejak tahun 2022 dengan menggantung Takahiro Shiraishi, 34 tahun, lelaki yang dikenali sebagai ‘pembunuh Twitter’, kerana membunuh dan memotong anggota sembilan mangsa yang dikenalinya melalui media sosial.

Mangsa terdiri daripada lapan wanita dan seorang lelaki, berusia antara 15 hingga 26 tahun. Kes kejam yang berlaku pada 2017 itu telah menggemparkan negara...

Fauziah Nawi, industri seni, kerjaya lakonan
HiburanOct 23, 2026 | 10:27 AM

Fauziah Nawi terus timba ilmu, enggan selesa dengan pengalaman

Nama pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi, cukup sinonim dengan watak ibu dalam drama televisyen Malaysia, sama ada sebagai wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup mahupun tokoh berjiwa kental dan berpendirian tegas.

Selain meraih pelbagai pengiktirafan dalam bidang lakonan, beliau turut aktif sebagai pengarah, penerbit dan pembimbing lakonan, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian bakatnya dalam industri seni.

Penulis terkesan dengan laporan Berita Minggu mengenai kisah Encik Muhammad Iqbal Rashid (dua dari kanan), dan Cik Nurni Kamin (kanan), yang berbakti menjaga orang tua mereka. Turut dalam gambar ialah ibu bapa Encik Muhammad Iqbal, Encik Rashid Samad, 72 tahun (dua dari kiri), dan Cik Juliah Juraimi, 71 tahun (kiri).
PandanganOct 23, 2026 | 8:15 AM

Pengorbanan seorang anak: Bakti yang jarang diungkap

Kita sering mendengar kisah pengorbanan ibu bapa demi anak-anak.

Tentang ibu yang bersengkang mata tidak cukup tidur kerana sambung belajar pada waktu malam setelah selesai kerja, seorang ayah yang membanting tulang memikul dua kerjaya serentak, dan segala impian yang mereka ketepikan demi memastikan anak-anak membesar dengan sempurna.

Mimifly, Bayan, Puteri Gunung Ledang The Musical, perkasa, aman ra
HiburanOct 23, 2026 | 5:30 AM

Mimifly ‘Perkasa’ diri sahut cabaran bawa watak Bayan dalam muzikal

Kaset lagu pemberian arwah bapa ketika kecil bukan sekadar menjadi kenangan buat penyanyi, penggubah lagu dan guru tarian, Mimifly, malah menyimpan makna mendalam sebagai titik awal yang menyemai kecintaannya terhadap dunia muzik.

Walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat, pengaruh Allahyarham Norhisham Nasir tetap meninggalkan kesan mendalam dalam perjalanan seninya sehingga kini.

Masjid Alkaff Kampung Melayu menyediakan ruang solat sementara bagi memastikan jemaah dapat menunaikan solat Jumaat dengan selesa. Solat Jumaat sesi kedua pada 2 petang turut disediakan.
SingapuraOct 23, 2026 | 5:30 AM

Masjid Alkaff Kampung Melayu utamakan adab, keselamatan jemaah di ruang sementara

Masjid Alkaff Kampung Melayu menyeru jemaah agar mengutamakan keselamatan, mematuhi arahan petugas dan mengamalkan sikap bertolak ansur sepanjang kerja naik taraf masjid Fasa 2.

Dalam keadaan ruang solat terhad, usaha memakmurkan masjid perlu diiringi dengan keprihatinan terhadap aspek keselamatan dan kebajikan bersama, yang menjadi tanggungjawab setiap anggota jemaah.

Kelas Tajwid Muslimah 2026 diadakan pada Khamis dua kali sebulan, di Dewan Solat Muslimah, Aras 2 Masjid Ar-Raudhah.
SingapuraOct 23, 2026 | 5:30 AM

Masjid Ar-Raudhah perluas program Al-Quran seiring projek naik taraf

Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah yang sudah bermula bukan sahaja dapat mempertingkatkan kemudahan fizikalnya, malah memberikan sokongan yang bermakna kepada kelangsungan dan perkembangan program Raudhatul Quran.

Program Raudhatul Quran merupakan salah satu daya usaha Masjid Ar-Raudhah untuk menyediakan peluang kepada masyarakat mendalami pembelajaran Al-Quran dan pengajian Islam secara berstruktur dan berperingkat.

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video