Masjid dan rangkaian M Kuasa Tiga (M3) adalah wadah penting untuk menghubungkan penduduk kepada sumber yang diperlukan dalam usaha menangani isu kesihatan mental dan penjagaan yang masih menjadi topik tabu.
Demikian kongsi Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Marsiling-Yew Tee.





