LONDON: Pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz, terselamat daripada kekalahan mengejut dalam perlawanan pembukaan Wimbledon pada 30 Jun, manakala pemain Belarus, Aryna Sabalenka, beraksi dengan tenang untuk mara pada hari pembukaan yang paling panas dalam sejarah kejohanan itu.
Suhu di Kelab All England mencecah lebih 32 darjah Celsius pada 30 Jun, melepasi rekod sebelumnya bagi permulaan kejohanan, iaitu 29.3 darjah Celsius...





