LONDON: Kebakaran yang menyebabkan penutupan Lapangan Terbang Heathrow pada bulan Mac lalu yang menjejas ribuan penumpang berpunca daripada kegagalan National Grid dalam menyelenggara sebuah pencawang elektrik, menurut laporan rasmi yang diterbitkan pada 2 Julai.
Insiden itu menyebabkan operasi di Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, terhenti dan mengakibatkan kerugian puluhan juta paun kepada syarikat penerbangan. Ia turut menimbulkan persoalan...





