Dua lelaki warga Indonesia maut manakala 16 yang lain cedera apabila bas persiaran yang membawa keseluruhan 46 penumpang dipercayai merempuh belakang sebuah lori tangki air yang sedang ditunda oleh lori penunda di Kilometer 80.7 Lebuhraya Plus arah selatan, Ayer Hitam, awal pagi 3 Julai.
Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Johor Bahru...





