Selepas lebih tiga tahun di Amerika Syarikat, perenang Singapura, Gan Ching Hwee, kini bersedia memulakan bab seterusnya dalam kerjaya sukan beliau – kali ini dalam persekitaran yang lebih selesa bagi dirinya, iaitu di negara sendiri.
Atlet berusia 21 tahun itu membuat keputusan untuk kembali ke Singapura pada Mei untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada sukan renang, sambil menangguhkan rancangan melanjutkan pelajarannya...





