Penghormatan tinggi terus mencurah berikutan berita tentang pemergian mantan Mufti Singapura, Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait, 87 tahun, pada 7 Julai, yang pernah berkhidmat sebagai Mufti kedua Singapura dari 1972 hingga 2010 – lantas meletakkannya sebagai mufti paling lama yang berkhidmat di Singapura.
Pemergian Allahyarham Ustaz Syed Isa, seorang yang berdedikasi dan tidak lelah mempromosikan masyarakat Islam yang yakin dan...





