Menyifatkan beliau sebagai teladan dan contoh kepada semua rakyat Singapura, khususnya masyarakat Melayu, Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, berkata Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait telah memainkan pelbagai peranan penting sepanjang hayatnya.
Bercakap selepas memberi penghormatan terakhir di Masjid Sultan pada 7 Julai, Encik Lee mengimbas sumbangan besar Allahyarham Ustaz Syed Isa kepada keharmonian antara agama, kepimpinan dalam hal ehwal...





