KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan tarif, sekatan eksport dan halangan pelaburan kini menjadi senjata ‘tajam’ dalam persaingan geopolitik yang mesti dihadapi Asean.
Datuk Anwar berkata senario itu menunjukkan realiti bahawa kuasa kini bukan lagi alat untuk membentuk perdagangan dan menjana pertumbuhan, sebaliknya sudah berubah tumpuan dan memberi tekanan, pengasingan serta mengenakan sekatan.





