Pasukan tchoukball lelaki dan wanita Singapura berkongsi kegembiraan setelah berjaya mempertahankan gelaran masing-masing di Kejohanan Tchoukball Asia Tenggara, yang berlangsung di Universiti Ramkhamhaeng di Bangkok pada 13 Julai.
Kededua pasukan menamatkan pusingan ‘round-robin’ (menyaingi setiap pasukan) tanpa kalah, di mana pasukan lelaki merangkul gelaran juara yang ketujuh sejak 2009. Pasukan wanita juga berjaya meraih gelaran juara bagi kali ketujuh sejak...





