JAKARTA: Rancangan membina sebuah Kampung Haji Indonesia yang terletak hanya 400 meter dari Masjidil Haram, Mekah, kini semakin mendapat perhatian selepas disahkan menerima persetujuan daripada Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud (MBS).
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pelaburan merangkap Ketua Badan Penyelaras Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Encik Rosan Roeslani, selepas pertemuan antara Presiden Indonesia,...





