Menurut tinjauan Workmonitor 2025 oleh Randstad Singapura, sebanyak 62 peratus responden berkata mereka akan berhenti kerja jika mereka tidak merasakan semangat kebersamaan.
Dalam kalangan pekerja Gen Z (yang lahir pada tahun pertengahan hingga akhir 1990-an), angka ini meningkat kepada 67 peratus.





