Menjelang 2042, rantau Asia-Pasifik akan memerlukan lebih 230,000 juruterbang baru dan lebih 250,000 juruteknik penyelenggaraan pesawat bagi menyokong pertumbuhan industri penerbangan di rantau ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Encik Juan Carlos Salazar, pada 16 Julai, berkata rantau Asia-Pasifik memerlukan ekosistem latihan yang dipiawaikan, dipacu oleh teknologi dan mampu berkembang untuk melahirkan juruterbang, juruteknik serta karyawan penerbangan lain...





