KAHIRAH/BAITULMAKDIS: Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh pada 16 Julai di lokasi pengagihan bantuan yang dikendalikan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), dalam apa yang dikatakan kumpulan yang disokong Amerika Syarikat itu sebagai disebabkan oleh penghasut bersenjata.
GHF, yang disokong Israel, berkata 19 orang maut kerana dipijak dan seorang maut ditikam semasa rempuhan di salah sebuah pusatnya di Khan Younis di selatan...





