Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

20 maut dalam rempuhan di tapak bantuan Gaza

Jul 17, 2025 | 1:28 PM
Kanak-kanak Palestin beratur untuk mendapatkan sebahagian makanan panas yang diagihkan oleh dapur amal di kem pelarian Nuseirat di tengah Jaluran Gaza pada 15 Julai 2025
Kanak-kanak Palestin beratur untuk mendapatkan sebahagian makanan panas yang diagihkan oleh dapur amal di kem pelarian Nuseirat di tengah Jaluran Gaza pada 15 Julai 2025 - Foto AFP

KAHIRAH/BAITULMAKDIS: Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh pada 16 Julai di lokasi pengagihan bantuan yang dikendalikan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), dalam apa yang dikatakan kumpulan yang disokong Amerika Syarikat itu sebagai disebabkan oleh penghasut bersenjata.

GHF, yang disokong Israel, berkata 19 orang maut kerana dipijak dan seorang maut ditikam semasa rempuhan di salah sebuah pusatnya di Khan Younis di selatan Gaza.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa unsur-unsur dalam kumpulan itu - bersenjata dan bergabung dengan Hamas - sengaja mencetuskan kekacauan,” kata GHF dalam satu kenyataan.

Hamas yang menepis dakwaan GHF sebagai “palsu dan mengelirukan,” berkata pengawal GHF dan tentera Israel menyembur orang ramai dengan gas lada dan melepaskan tembakan.

GHF berkata tuduhan Hamas itu adalah “jelas palsu.”

“Tiada gas pemedih mata digunakan, mahupun tembakan dilepaskan ke arah orang ramai. Penggunaan semburan lada yang terhad digunakan, hanya untuk melindungi kehilangan nyawa tambahan,” kata GHF.

“Insiden hari ini adalah sebahagian daripada taktik Hamas yang lebih besar untuk melemahkan dan akhirnya menamatkan GHF. Bukan kebetulan bahawa insiden ini berlaku semasa rundingan gencatan senjata, di mana Hamas terus menuntut GHF menghentikan operasi,” tambah kenyataan itu.

Saksi berkata, pengawal di lokasi agihan bantuan telah menyembur gas lada ke arah mereka selepas mengunci pintu pagar.

“Orang ramai terus berkumpul dan menolak satu sama lain; akibatnya sesetengahnya rebah dan dipijak oleh orang di sekeliling mereka,” kata Encik Mahmoud Fojo, 21 tahun, yang cedera dalam rempuhan itu.

Tiada komen segera daripada tentera Israel mengenai Hamas dan aduan saksi.

Pegawai kesihatan Palestin berkata 21 orang maut akibat sesak nafas di lokasi itu.

Pada 15 Julai, pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia telah merekodkan sekurang-kurangnya 875 kematian dalam tempoh enam minggu lalu di sekitar lokasi bantuan dan konvoi makanan di pusat pengedaran GHF.

Kebanyakan kematian itu disebabkan oleh tembakan yang dipersalahkan oleh penduduk tempatan terhadap tentera Israel.

Tentera Israel sebelum ini mengakui bahawa orang awam Palestin telah dicederakan berhampiran pusat pengedaran bantuan.

GHF menggunakan syarikat keselamatan dan logistik swasta Amerika untuk mendapatkan bekalan ke Gaza, sebahagian besarnya memintas sistem pimpinan PBB yang didakwa Israel telah membiarkan Hamas merampas penghantaran bantuan. Hamas menafikan tuduhan itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg