KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua Umno Bahagian di seluruh Malaysia mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, segera mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan titah adendum bagi membenarkan bekas presidennya, Encik Najib Tun Razak, menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Mereka menegaskan ia sebagaimana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengahkan...





