Buat julung kalinya di Singapura, syarikat kenderaan autonomi (AV), WeRide, telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan bas ulang-alik tanpa pemandu di Resorts World Sentosa (RWS), tanpa kakitangan keselamatan dalam bas.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi ‘lampu hijau’ kepada syarikat tersebut selepas ujian menyeluruh dan penilaian keselamatan terhadap operasi jarak jauh dan prestasi bas tersebut di jalan raya, menurut syarikat itu...





