Seminggu selepas 22 individu ditahan kerana menawarkan khidmat membawa penumpang secara terlarang, seramai 10 lagi pemandu ditahan dalam operasi penguatkuasaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) terhadap mereka yang menawarkan khidmat bawa penumpang itu tanpa lesen yang sah.
Dalam operasi yang dijalankan di Lapangan Terbang Changi pada 18 Julai, kesemua 10 pemandu itu menggunakan kenderaan asing dan kenderaan itu telah dirampas oleh...





