PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada 21 Ogos membenarkan permohonan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menangguhkan prosiding kes saman yang dikemukakan bekas pembantu penyelidik, Encik Muhammed Yusoff Rawther.
Kes saman berhubung satu insiden didakwa berlaku sebelum Datuk Anwar menjadi Perdana Menteri itu ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang sepatutnya bermula 16 Jun lalu tetapi diberikan penangguhan...





