KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menemui ratusan pasport palsu dalam serbuan ke atas sebuah kediaman pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur, yang dijadikan ‘kilang’ memproses dokumen palsu pada awal pagi 22 Julai.
Ketika serbuan Ops Serkap dijalankan Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur itu, dua lelaki Bangladesh berusia lingkungan 20-an tahun disyaki ahli sindiket berkenaan sedang leka memproses ratusan naskhah pasport...





