JOHOR BAHRU: Projek menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) daripada empat kepada enam lorong sedang rancak berjalan dan dijangka mula memberi manfaat kepada pengguna seawal 2026 apabila beberapa bahagian dijangka siap dan dibuka secara berperingkat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerja pelebaran di bawah Fasa 1 Pakej 1 melibatkan laluan sepanjang...





