Pada usia 25 tahun, lulusan kejuruteraan, Encik Muhammad Khalil Abdul Wahid, menceburi minatnya dalam dunia masakan dengan menghasilkan video yang mencuri perhatian ramai di TikTok.
Baru-baru ini, beliau dipilih TikTok Singapura untuk menyertai projek SG60, satu daya usaha khas sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Singapura. Sebagai sebahagian daripada projek tersebut, TikTok menggabungkan pencipta kandungan makanan popular dengan enam jenama makanan...





