SERAM, INDONESIA – Di Pantai Ora, Pulau Seram, dikelilingi tumbuhan tropika dan tebing batu kapur yang dramatik, airnya sejernih akuarium dan tiada bayangan pengaruh media sosial. Ia memberikan pengalaman setaraf Maldives tetapi pada harga yang jauh lebih rendah.
Namun kira-kira 1,600 kilometer dari situ, Bali masih menjadi tumpuan utama pelancongan negara. Kesibukan trafik, pencemaran bunyi motosikal dan longgokan sampah plastik...





