Selepas makan tujuh ulas durian kerana enggan melepaskan peluang menikmati keenakan rasa raja buah itu pada musimnya, anggota kumpulan hip-hop terkenal 1990-an, Nico G, Dino rebah pula akibat penyakit angin ahmar, sehari selepas itu.
Sehubungan itu, Dino, atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rosli, 50 tahun, yang diserang strok pada bahagian kanan badan sejak tiga minggu lalu, percaya pemakanan tidak dikawal...





