Satu perarakan aset maritim diadakan buat kali pertama dalam sejarah Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 1990 sempena sambutan NDP ke-25 dengan tema, ‘Satu Rakyat, Satu Bangsa, Satu Singapura’.
Perarakan tersebut menyaksikan Presiden ketika itu, mendiang Encik Wee Kim Wee, meninjau pelbagai jenis kapal yang dipamerkan.





