NDP 1990: Perarakan aset maritim kali pertama
Aug 7, 2025 | 5:30 AM
Mantan Presiden Wee Kim Wee (memakai kot hitam) meninjau perarakan aset maritim sempena Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) ke-25 pada 1990 di atas salah sebuah kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN). - Foto fail
Satu perarakan aset maritim diadakan buat kali pertama dalam sejarah Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 1990 sempena sambutan NDP ke-25 dengan tema, ‘Satu Rakyat, Satu Bangsa, Satu Singapura’.
Perarakan tersebut menyaksikan Presiden ketika itu, mendiang Encik Wee Kim Wee, meninjau pelbagai jenis kapal yang dipamerkan.
Ia termasuk 25 kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan lebih 100 kapal riadah dan mewah bagi menonjolkan keupayaan pertahanan maritim negara.
Ia sejajar dengan sambutan Jubli Perak Singapura, dengan NDP diadakan di Padang.
Laporan berkaitan
NDP 2007: Perbarisan pertama di Pentas Terapung Marina BayJul 31, 2025 | 8:21 PM
NDP 1974: Perbarisan pertama disiar secara berwarna di televisyenJul 21, 2025 | 5:34 PM

