GAZA: Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila sebuah trak bantuan terbalik ke atas orang ramai yang sedang beratur untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan di bahagian tengah Semenanjung Gaza awal pagi 6 Ogos, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).
Insiden tragik itu berlaku ketika ratusan penduduk, yang sebahagiannya mengalami kebuluran melampau, berkumpul untuk menerima bantuan di tengah-tengah kemusnahan...





