Singapura akan menyambut ulang tahun kebangsaannya yang ke-60 (SG60) pada 9 Ogos.
Sama ada meluangkan masa bersama anggota keluarga menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 di kaca televisyen, atau menyertai pelbagai kegiatan secara langsung di Padang dan kawasan sekitarnya, rakyat Singapura sibuk menyambut kemeriahan SG60 yang penuh warna-warni dan memaparkan semangat kebangsaan.





