Senjata air yang menembak manik gel, atau gel beads merupakan antara alat terbaru yang digunakan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) untuk menghalau monyet dari kawasan perumahan.
Perkara ini mendapat perhatian orang ramai selepas beberapa video tular menunjukkan kontraktor menembak monyet ekor panjang di sebuah estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di kawasan Punggol menggunakan objek yang kelihatan seperti pistol mainan.





