BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau menjangkakan operasi ketenteraan baru di Gaza dapat diselesaikan “dalam tempoh singkat”, meskipun tekanan antarabangsa semakin meningkat agar penderitaan rakyat Palestin di wilayah itu dihentikan.
Encik Netanyahu, mempertahankan rancangan ketenteraan untuk mengambil alih Bandar Gaza dalam sidang media yang penuh kontroversi, walaupun menerima kecaman hebat daripada negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...





