Masyarakat Melayu/Islam sentiasa dan akan terus menjadi bahagian penting dalam perjalanan Singapura, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Mengambil contoh beberapa individu Melayu yang menyerlah di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini (2025), Dr Faishal berkata: “Kisah-kisah ini mengingatkan kita bahawa dengan kerja keras, semangat...





