Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah mengiklankan jawatan kosong bagi pegawai penyiasat khusus untuk membanteras kegiatan berkaitan vape yang dicampur racun etomidate, atau dikenali sebagai Kpod.
Menurut iklan di LinkedIn dan portal pencarian kerja Careers@Gov, HSA mencari pegawai penyiasat dan pegawai penyiasat kanan sepenuh masa, yang akan menjadi sebahagian pasukan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti penguatkuasaan mencabar demi melindungi kesihatan...





