JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah menghantar puluhan anggota dalam misi kemanusiaan selama 12 hari bagi menyalurkan bantuan melalui kaedah penghantaran bantuan digugurkan dari udara kepada rakyat Palestin di Gaza yang berdepan krisis kebuluran kian meruncing.
Panglima TNI, Jeneral Agus Subiyanto, berkata pasukan Garuda Merah Putih II yang terdiri daripada 66 anggota tentera, petugas Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) serta...





