Kerajaan Johor menegaskan komitmennya menangani isu buli secara menyeluruh dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Antibuli, menjadikannya negeri pertama di Malaysia melaksanakan usaha bersepadu melibatkan pelbagai agensi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Cik Khairin-Nisa Ismail, berkata mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada 18 Ogos bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Encik Aznan Tamin, itu telah merangka pelan tindakan menyeluruh...





