Bagi memperkukuh pesanan mengenai kepentingan saling menghormati antara agama, khususnya bagi golongan muda, Pertubuhan Antara Agama (IRO) Singapura bakal menghasilkan lebih banyak kandungan dalam talian mengenai kepelbagaian agama di negara ini.
Inisiatif itu, yang merangkumi video ringkas, penerangan tentang pelbagai agama di Singapura serta pengalaman peribadi persahabatan antara penganut agama berbeza, turut bertujuan menangkis fahaman ekstremis dalam talian, menurut IRO...





