ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan Johor menepis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menakutkan pelabur dengan mengatakan negeri itu tidak dapat menyediakan bekalan air dan elektrik mencukupi sekiranya mereka melabur.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata dakwaan itu adalah satu fitnah dan tohmahan yang berniat jahat terhadap usaha kerajaan menarik masuk pelaburan antarabangsa khususnya di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura...





