Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan diapit oleh timbalannya, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, apabila Parlimen dibuka semula pada 5 September.
Seterusnya, yang duduk paling rapat dengan beliau ialah Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong; Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing;...





