Ketika sesetengah jenama runcit mengurangkan operasi dalam keadaan ekonomi sekarang, namun jenama pakaian wanita tempatan, Klarra, memilih melangkah lebih jauh.
Butik terkini di pusat beli-belah Raffles City, yang dibuka semula pada hujung Julai, merupakan cawangan terbesar Klarra sejak jenama yang lahir secara digital itu mula membuka kedai fizikal pada 2018 di pusat beli-belah yang sama.





