Pegangan hidup yang bersyukur seadanya apabila ‘tiada’ dan komited membangun semangat untuk ketengahkan potensi diri agar ‘ada’, menjadi sandaran guru Bahasa Melayu Sekolah Perempuan Crescent (CGS), Cik Norzaidah Suparman, 44 tahun.
Sebagai anak daripada keluarga serba sederhana, Cik Norzaidah, anak kedua dalam enam beradik perempuan, pernah melalui detik getir, dihina kerana berbaju seragam terpakai yang labuh, menapak jauh ke sekolah...





