Kedutaan Singapura di Jakarta menasihatkan warga Singapura di Indonesia supaya menjauhi kawasan di mana tunjuk perasaan antipemerintah diadakan, serta mengelak daripada menghadiri perhimpunan awam yang besar.
“Anda digalak untuk sentiasa berwaspada, memantau perkembangan melalui berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan kedutaan itu di akaun Facebook rasminya pada 30 Ogos.





