Rakyat S’pura di Indonesia dinasihat jauhi bantahan, perhimpunan besar
Rakyat S’pura di Indonesia dinasihat jauhi bantahan, perhimpunan besar
Kedutaan Singapura di Jakarta menasihatkan warga Singapura di Indonesia supaya menjauhi kawasan di mana tunjuk perasaan antipemerintah diadakan, serta mengelak daripada menghadiri perhimpunan awam yang besar.
“Anda digalak untuk sentiasa berwaspada, memantau perkembangan melalui berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan kedutaan itu di akaun Facebook rasminya pada 30 Ogos.
Kedutaan Singapura di Jakarta juga menggesa warga Singapura yang berada atau merancang perjalanan ke Indonesia supaya mendaftar melalui eRegister dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) di https://eregister.mfa.gov.sg.
Kedutaan turut menasihatkan warga Singapura supaya sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan bagi memastikan keselamatan mereka.
Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi:
- Kedutaan Republik Singapura di Jakarta Alamat: Blok X/4, KAV No 2, Jln H R Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan 12950 E-mel: singemb_jkt@mfa.sg Nombor Telefon: +62-21-5091-5400, +62-21-520-1469 Nombor Telefon Kecemasan (selepas waktu pejabat): +62-811-863-348
- Konsulat Jeneral Republik Singapura di Batam Alamat: Tingkat 3 Panbil Residence, Jalan Ahmad Yani, Muka Kuning, Batam 29433 E-mel: singcon_bth@mfa.sg Nombor Telefon: +62-778-372-0000 Nombor Telefon Kecemasan (selepas waktu pejabat): +62-811-7049-084
- Konsulat Jeneral Republik Singapura di Medan Alamat: Suite Nombor 2-6, Tingkat 11, Pejabat Forum Nine dan Galeri F & B, No. 9 Jalan Imam Bonjol, 20112 Medan E-mel: sporeconsulatemedan@mfa.sg Nombor Telefon: +62-61-8050-1500 Nombor Telefon Kecemasan (selepas waktu pejabat): +62-811-6170-339
- Pejabat Bertugas MFA (24 jam) E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg Nombor Telefon: +65-6379-8800 / +65-6379-8855

